Indonesia Terlepas Hukuman FIFA
Dunia
Advertisements

Presiden Indonesia, Joko Widodo telah membuat satu pengumuman bahawa Indonesia tidak akan dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober lepas.

Tragedi itu menjadi perhatian masyarakat dunia yang turut berdukacita selepas melihat sekurang-kurangnya 125 mangsa yang menjadi korban.

Menerusi saluran Youtube Sekretariat Presiden, Joko Widodo mengesahkan sudah berinteraksi dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino dan bertanyakan mengenai hukuman ke atas Indonesia. FIFA juga membalas pertanyaan tersebut dengan mengatakan tiada hukuman ke atas Indonesia.

Advertisements

“Berdasarkan surat tersebut, Alhamdulilah bola sepak Indonesia tidak dikenakan hukuman oleh FIFA,” ujar Joko Widodo.

Joko Widodo juga memberitahu bahawa FIFA tidak akan berdiam diri selepas tragedi berdarah itu. FIFA dan kerajaan Indonesia akan bergabung bagi bersama-sama mereformasikan struktur pentadbiran bola sepak di Indonesia.

“FIFA bersama-sama dengan kerajaan akan membentuk pasukan transformasi untuk bola sepak Indonesia dan FIFA akan berpangkalan di Indonesia sepanjang proses ini berlangsung,” sambung Joko Widodo..

Advertisements

“Presiden FIFA akan datang ke Indonesia pada Oktober atau November untuk berbincang dengan kerajaan,” tambahnya lagi seperti dilaporkan bola.

Pada 1 Oktober lalu, satu tragedi rusuhan telah berlaku di Stadium Kanjuruhan selepas perlawanan yang melibatkan tuan rumah, Arema FC menentang Persebaya Surabaya. Dilaporkan seramai 125 mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram