Indonesia Bakal Uji Kekuatan Turki
Dunia
Goal.com
Advertisements

Pasukan Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka akan turun berdepan Turki dalam satu siri persahabatan.

Walau bagaimanapun, perlawanan ini difahamkan akan melibatkan pertembungan pasukan bawah 20 tahun Sang Garuda bagi persediaan mereka menghadapi kejohanan Piala Asia bawah 20 tahun pada 2023.

Aksi penting ini akan berlangsung pada 26 Oktober ini sekaligus bakal menjadi antara lawan terkuat yang akan dihadapi oleh pasukan muda Indonesia ini.

Advertisements

Perkara ini difahamkan atas permintaaan ketua jurulatih, Shin Tae Yong apabila beliau dikatakan mahu menguji kekuatan pasukan menentang lawan yang lebih handal.

Hal ini bagi membantu beliau untuk mengenal pasti segala kelemahan pasukannya sebelum menghadapi kejohanan sebenar.

Walau bagaimanapun, mereka akan berdepan dengan salah sebuah pasukan Turki terlebih dahulu dalam perlawanan yang dijangka berlangsung di Antalya ini.

Advertisements

Mereka kini sudah menjalani latihan pusat di sana sehingga 5 November ini.

Mereka juga difahamkan akan berdepan dengan enam buah pasukan dan difahamkan akan turut ke Sepanyol untuk menguji kekuatan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram