Advertisements
Indra Putra Sarankan Arif Aiman Ke Luar Negara
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin mahu melihat Arif Aiman Hanapi mengembangkan bakatnya ke luar negara.

Advertisement

Musim 2024/25 menyaksikan Arif terus membuktikan dirinya antara pemain sayap berbisa bukan saja dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Malah, nama pemain sayap berusia 22 tahun itu menjadi bualan di peringkat Asia.

Arif sudah merekodkan 11 gol dan lapan bantuan gol dalam 21 penampilan semua kejohanan termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Advertisement

Atas sebab itu, Indra ingin melihat pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 itu menguji dirinya beraksi di luar negara.

Ini kerana bekas penyerang Perak FC itu melihat sekiranya Arif bersaing dengan pemain pertahanan yang lebih berkualiti, ini akan membantu beliau meningkatkan lagi mutu permainannya.

Advertisement

“Kalau sayalah jadi Arif Aiman, saya akan pergi ke luar (negara). Sebab saya rasa bagi dia, liga kita ini terlalu mudah. Betul, terlalu mudah.

Advertisement

“Kalau dia nak tambah cabaran buat diri dia, dia kena pergi ke luar (negara). Daripada situ, dia akan belajar banyak lagi,” katanya semasa menjadi tetamu program Bola Dulu Baru Kamu.

Indra yang kini beraksi untuk PT Athletic FC turut menyifatkan Arif memiliki pakej lengkap sebagai pemain. Atas sebab itu, beliau melihat pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sebagai pemain muda terbaik muda negara ketika ini.

Advertisement

“Ya, kita tahulah Arif Aiman antara pemain yang cukup lengkap saya rasa. Dia antara pemain yang bijak. Bijak mengawal bola, bijak mengimbangi suasana dalam perlawanan.

“Saya rasa dia antara pemain bertuah kerana digandingkan dengan pemain-pemain terbaik (sekeliling dia). Itu yang membuatkan dia jadi pemain yang matang dan menjadi pemain yang terbaik sekarang ini,” ujarnya.

Kelibat Arif kini ditagih Pau Marti Vicente untuk dua tugasan skuad kebangsaan pada November ini. Selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Laos, Malaysia bakal berdepan India di Hyderabad pada 18 November ini.