Advertisement

Follow us:

Info Siaran Langsung KL City vs JDT | Liga Super 2023

Bergson JDT 7 Info Siaran Langsung KL City vs JDT | Liga Super 2023
Johor Southern Tigers
Nik Faris
@nikfalovic
7:15pm 01/03/2023
Pivo

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, KL City dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras ini menyaksikan anak didik Tano Solari mahu mengekalkan momentum terbaik selepas menang aksi pertama berdepan Terengganu.

Namun begitu, The City Boys sudah pasti mahu mendapatkan tiga mata pertama setelah diikat oleh Penang dengan keputusan 2-2 tempoh hari.

Aksi ini sudah tentu berlangsung dengan cukup sengit sungguhpun keputusan tidak memihak kepada tuan rumah dalam beberapa pertembungan sebelum ini.

Kesebelasan Utama KL City vs JDT

Info Siaran Langsung KL City vs JDT

Tarikh: 1 Mac 2023 (Rabu)
Masa: 8.15 malam
Venue: Stadium Cheras, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Sooka TV

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.