Selepas kejohanan Thailand Open 2024, peminat badminton kini beralih pula kepada kejohanan Malaysia Masters 2024 yang membuka tirainya hari ini.
Kejohanan ini menyaksikan penyertaan ramai jaguh dunia seperti Viktor Axelsen, Li Shifeng, Han Yue, Beiwen Zhang dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Sementara cabaran kem negara bakal diketuai Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah. Kali terakhir gelaran juara dipegang jaguh tempatan ialah tahun 2016 menerusi legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei.
Hari ini bakal menyaksikan 14 wakil negara membuka tirai pusingan kelayakan dan pertama kejohanan. Cabaran Malaysia bakal diketuai beregu lelaki ke-15 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Barisan Pemain Di Malaysia Masters
Cabaran kem badminton negara untuk ke pusingan kedua kejohanan bakal diketuai bekas juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Menariknya, dua tiket pusingan itu dalam genggaman kem Malaysia untuk acara beregu lelaki.
Beregu lelaki ke-26 dunia, Choong Hon Jian-Haikal Nazri bakal berdepan Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong. Sementara Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe pula menentang Boon Xin Yuan-Goh V Shem.
Info Siaran Langsung Pusingan Pertama Malaysia Masters
Tarikh: 21 Mei 2024 (Selasa).
Masa: 10.00 pagi.
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: BWF TV
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com