Info Siaran Langsung Malaysia Open Badminton 2024 (Live Streaming)
UltraSukan
Yohan Nonotte/Badminton Photo
Advertisements

Aksi Petronas Malaysia Open 2024 bakal membuka tirainya pada tahun ini dengan penuh bergaya tatkala para pemain bakal memulakan langkah.

Malaysia bakal mempertaruhkan barisan terhebat dengan pengarah jurulatih, Rexy meletakkan sandaran kepada perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Aksi beregu wanita pula bakal menampilkan sentuhan Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bagi menghadiahkan kejayaan hebat buat Malaysia.

Advertisements

Malaysia juga mahu membaiki pencapaian tahun lalu selepas hanya sehingga peringkat suku akhir menerusi beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Waakil negara yang kali terakhir berjaya muncul juara adalah bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei iaitu pada edisi 2018.

Jadual Malaysia Open Badminton 2024

Advertisements

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi hari ini sahaja:

Format umum kejohanan adalah seperti berikut:

Info Siaran Langsung Malaysia Open Badminton 2024

Advertisements

Tarikh: 9 Januari 2024 (Selasa)
Masa: 9 Pagi-9 Malam
Venue: Axiata Arena, Bukit Jalil.
Siaran Langsung: RTM Klik

Waktu perlawanan difahamkan berubah mengikut kemas kini semasa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram