Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Sri Pahang dan juga Sabah dan bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu malam ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Pahang ini menyaksikan Tok Gajah mahu mengekalkan momentum terbaik selepas berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas anak didik Lim Teong Kim dalam pusingan pertama Piala FA tempoh hari.
Namun begitu, skuad kendalian Ong Kim Swee sudah pasti mahu mendapatkan tiga mata dan mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah musim ini.
Sri Pahang mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam saingan Liga Super menentang Selangor dan bakal menjadikan aksi ini sebagai medan persiapan berdepan lawan yang lebih kuat.
Kesebelasan Utama Sri Pahang vs Sabah
Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Sabah
Tarikh: 12 Mac 2023 (Ahad)
Masa: 8:15 malam
Venue: Stadium Darul Makmur, Pahang.
Siaran Langsung: Sooka TV
Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com