Info Siaran Langsung Suku Akhir Malaysia Masters: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)
UltraSukan
BA Malaysia

Sembilan wakil Malaysia meneruskan cabaran di peringkat suku akhir Malaysia Masters 2024 yang berlangsung hari ini.

Antara yang berjaya meneruskan cabaran ialah Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Mereka bakal berdepan cabaran lebih sukar di peringkat ini. Ini kerana jaguh-jaguh badminton elit seperti Viktor Axelsen, Li Shifeng, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari turut mengesahkan kemaraan.

Sembilan wakil negara ini berharap dapat mengakhiri penantian rakyat Malaysia melihat anak tempatan bergelar juara Malaysia Masters.

Kali terakhir wakil negara muncul juara kejohanan menerusi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada 2016.

Barisan Pemain Di Malaysia Masters

Sembilan wakil negara termasuk jaguh perseorangan lelaki ke-10 dunia, Lee Zii Jia bakal mengibarkan cabaran Malaysia di peringkat suku akhir.

Satu tiket ke separuh akhir sah menjadi milik kem negara. Ini selepas beregu campuran kesembilan dunia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bakal berdepan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing di peringkat suku akhir.

Info Siaran Langsung Suku Akhir Malaysia Masters

Tarikh: 24 Mei 2024 (Jumaat).
Masa: 9.00 pagi.
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: BWF TV

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.