Malaysia kembali menghadapi dua aksi persahabatan apabila dijadualkan berdepan Kepulauan Solomon malam ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu itu menyaksikan anak didik Kim Pan-gon mahu meneruskan rekod cemerlang di laman sendiri.
Malaysia merakamkan keputusan yang amat memberangsangkan termasuklah dua kemenangan berdepan Hong Kong dan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim Mac lalu.
Kini, Harimau Malaya mahu terus memburu kemenangan bermakna untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA sungguhpun Kepulauan Solomon memiliki rekod baik dengan merekodkan 4 kemenangan daripada 5 aksi terakhir.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Kepulauan Solomon
Akan dikemaskini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Kepulauan Solomon
Tarikh: 14 Jun 2023
Masa: 9 malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu.