“Ini Adalah Tempat Saya” – Safiq Rahim
Dunia
Officialjohor
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menyatakan bahawa akan teruskan kariernya sebagai bola sepak sekiranya diberikan kepercayaan untuk menyarung jersi JDT lagi.

Pemain berusia 35 tahun itu menzahirkan rasa sayang kepada kelab tersebut dan ingin bekerja keras lagi untuk bersaing dengan pemain lebih muda bagi mendapatkan tempat dalam skuad Harimau Selatan itu.

Beliau juga menjelaskan sekarang bukan masa untuk berehat dan harus lebihkan usaha dan latihan supaya dapat mempamerkan aksi yang cemerlang kepada pasukan.

Advertisements

“Ini adalah tempat saya, pasukan yang saya sayangi selama ini. Jika diberikan kepercayaan, InsyaAllah saya akan terus menabur usaha dan bakti untuk terus menyarung jersi JDT,” ujarnya.

“Saya percaya pada rezeki dan saya pernah katakan ini pada dua atau tiga tahun yang lalu dan saya masih di sini. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pemain dan perlu berusaha lebih lagi kerana berdepan saingan pemain yang lebih muda atau muka baharu,” katanya kepada Harian Metro.

Selepas ditewaskan 4-1 pada perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund semalam. Safiq menjelaskan kepada rakan sepasukan agar tidak kecewa dengan kekalahan tersebut, malah ambil sebagai dorongan untuk lebih cemerlang lagi di musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram