“Ini Bukan Perlawanan Terakhir Saya” – Baddrol Bakhtiar
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tidak menyifatkan perlawanan hari ini sebagai perlawanan terakhir dalam karier bola sepaknya.

Malah, bekas pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menegaskan beliau akan terus aktif sebagai pemain bola sepak.

“Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Ilahi (kerana) pada malam ini, Sabah meraih tiga mata yang penting. Yang ini merupakan perlawanan terakhir saya malam ini.

Advertisements

“Satu kemenangan yang takkan dapat dilupakan dan satu detik indah yang saya terima di sini.

“Jadi, malam ini bukanlah perlawanan terakhir saya dalam karier bola sepak. Saya tetap akan bermain selepas ini. Tetapi saya ada satu misi yang saya ingin lunaskan.

Advertisements

“Jadi, saya mengharapkan penyokong-penyokong Sabah FC mendoakan kejayaan saya selepas ini,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media selepas perlawanan Sabah FC-Sri Pahang FC.

Baddrol yang tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-80 membantu skuad Badak membelasah Sri Pahang FC 4-0.

Advertisements

Selain membantu Sabah FC meraih kemenangan, Baddrol turut diberi peluang memberi ucapan perpisahan kepada para penyokong dalam sesi penghormatan khas buatnya.

Sepanjang bersama Badak selama dua musim, bekas kapten KDA FC itu merekodkan 42 penampilan dan 13 gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram