“Ini Bukan Salah Saya, Selamat Tinggal Kelantan” – Kervens Belfort

Kervens Belfort "Ini Bukan Salah Saya, Selamat Tinggal Kelantan" - Kervens Belfort
TRW Kelantan FC
Nabil Fahmi @nabilfamy
4:09pm 13/02/2023

Pemain import Kelantan FC, Kervens Belfort telah meluahkan sesuatu yang mengejutkan para peminat bola sepak negara khususnya penyokong pasukan Kelantan. Belfort yang difahamkan mengalami kecederaan secara tiba-tiba mengucapkan selamat tinggal buat Kelantan.

Sebelum ini status Belfort bersama pasukan Kelantan musim 2023 masih samar-samar selepas beliau berehat panjang musim lalu akibat kecederaan yang dialami. Namun Belfort dalam video yang dimuatnaik di akaun tiktok nya mengakui beliau tidak bersalah.

“Ini bukan salah saya, selamat tinggal Kelantan FC,” luah Belfort di akaun TikTok beliau.

Belfort merupakan antara pemain import yang sebelum ini dikatakan untuk dikekalkan pasukan Kelantan selain seorang lagi pemain import dari Indonesia, Natanael Siringoringo yang kini beraksi bersama Dewa United sebagai pemain pinjaman.

Melalui tinjauan yang dibuat di ruangan komen Tiktok Belfort, ramai penyokong yang terkejut dan memohon agar Belfort kekal beraksi bersama Kelantan musim ini. Namun Belfort hanya membalas dengan emotikon sedih sahaja.

Untuk rekod, Belfort hadir ke Kelantan pada Januari tahun lalu bagi mengisi slot import pasukan Kelantan dalam usaha Kelantan mara ke Liga Super 2023. Namun kecederaan jangka panjang Belfort membataskan aksi beliau untuk skuad ‘The Red Warriors’ itu.