Ini Butiran Terperinci Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid
Transfer
Paris Saint Germain
Advertisements

Bintang Paris-Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe dilihat semakin hampir untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Dan hari ini, wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan butiran terkini perpindahan tersebut.

Sebagai permulaan, sebarang khabar angin yang mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke kelab lain seperti Liverpool dan Arsenal sebagai tidak benar.

Advertisements

Ini kerana menurut Romano, bekas bintang AS Monaco itu dan ejennya hanya berunding dengan satu kelab sahaja iaitu Los Blancos.

Beliau turut memaklumkan tawaran kontrak formal yang dibuat kepada Mbappe oleh Real Madrid masih lagi belum ditandatangani atas beberapa faktor.

“Kylian Mbappe belum lagi menandatangani kontrak formal (yang dipersembahkan Real Madrid) kerana ada beberapa butiran yang perlu diperhalusi. Tapi sudah ada perbincangan dan perjanjian ini semakin hampir ke tahap akhir dan tahap ia dimuktamadkan,” katanya di X.

Advertisements

Romano turut memaklumkan kisah perpindahan ini hanya akan tamat apabila Mbappe dan PSG membuat pengumuman secara bersama tentang hal itu.

Hal ini akan direalisasikan apabila kapten Perancis itu sudah sah menandatangani kontrak formal bersama Los Blancos.

Yang pasti, Mbappe bakal menikmati hak imej yang lebih besar berbanding apa yang diraihnya bersama PSG. Selain itu, gajinya juga akan dilihat selari dengan gaji bintang-bintang Real sedia ada seperti Jude Bellingham dan Vinicius Jr.

Advertisements

“Kylian Mbappe memiliki lebih banyak kuasa dari segi hak imej di Real Madrid. Ini salah satu perincian yang masih lagi dibincangkan.

“Sementara gaji yang diterima beliau pula akan selari dengan gaji yang diterima bintang-bintang Real Madrid seperti Jude Bellingham dan Vinicius Jr,” tambahnya.

Romano percaya selepas semua perincian ini dimuktamadkan, Mbappe bakal menjadi bintang terbaru yang mewarnai aksi di Bernabeu pada musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram