“Ini Perlawanan Terbaik Kita” – Nafuzi Zain
Liga Super
Kedah Darul Aman Official
Advertisements

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain berpuas hati dapat pulang dengan satu mata dari Stadium Darulmakmur susulan keputusan seri 1-1 menentang Sri Pahang pada Sabtu.

Beliau berkata, sepanjang membimbing Kedah, ini adalah permainan terbaik ditunjukkan barisan pemainnya yang nampak cukup produktif di setiap bahagian.

“Kita tahu bukan mudah main di Kuantan, dengan Pahang sekarang dalam kedudukan yang mantap. Apa yang pemain tunjukkan dari awal hingga akhir perlawanan saya gembira dan puas hati dengan cara kita bermain, mereka tidak putus asa hingga minit akhir dan dapatkan gol penyamaan penting.

Advertisements

“Bagi saya ini adalah game terbaik kita bermain, secara keseluruhan dari pertahanan, tengah, serangan, kita bermain seperti apa kita rancang cuma penyudah sahaja yang kurang dan kena improve.

“Kalau tengok kita takde masalah bermain di sini, kita dominasi setiap aspek dari segi bertahan, mematahkan serangan, menguasai bola, cuma kita down selepas gol tersebut.

Advertisements

“Kita tengah semangat, tengah yakin dengan permainan kita, tapi memberi penalti, sedikit moral down. tapi player menunjukkan mentaliti hebat tidak putus asa,” kata Nafuzi Zain selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Sri Pahang mendahului menerusi penalti Stefano Brundo pada minit ke-62 dan berpeluang menggandakan kedudukan menerusi satu lagi penalti pada minit ke-85, namun sepakan Lucas Rodriguez melewati palang.

Advertisements

Kegagalan itu dimanfaatkan Kedah untuk menekan pertahanan Sri Pahang dan berjaya mendapatkan jaringan penyamaan pada masa kecederaan menerusi Jonathan Boareto Balotelli.

“Nasib baik satu penalti lagi miss, kalau gol memang susah nak bangkit. Apabila tak masuk, ia bagi peluang kepada kita, saya buat pertukaran, tambah energy di serangan, kita all out dan dapatkan satu gol, untuk satu mata yang penting,” ujarnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram