Ini Jurang Terkini Ranking Malaysia & Cape Verde
MakanBola
Malaysia NT/FCFComunica

Kedudukan terbaru antara dua pasukan iaitu Malaysia dan Cape Verde mencuri tumpuan.

Skuad kendalian Peter Cklamovski secara rasminya akan bertemu salah satu negara terkuat di Afrika itu sebagai aksi persahabatan Tier 1, 29 Mei ini.

Perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menyaksikan kekuatan sebenar Harimau Malaya akan diuji selepas menang aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac.

Menerusi satu penjelaskan oleh Cklamovski, beliau gembira untuk melihat anak buahnya untuk beraksi menentang pasukan lebih tinggi ranking FIFA sebagai persediaan menentang Vietnam di Bukit Jalil.

Pasukan kebangsaan dalam misi penting berdepan negara yang memiliki beberapa nama besar dalam kancah bola sepak Eropah itu.

”Untuk menguji diri sendiri dengan lawan yang kuat pada aksi persabahatan antarabangsa, skuad kebangsaan Cape Verde adalah salah sebuah negara terbaik di rantau Afrika,”

”Mereka dibarisi pemain yang beraksi di pentas tertinggi di Eropah, ini adalah ujian yang kami perlukan bagi mencabar dan membantu kami berkembang sebagai satu pasukan,” ujarnya kepada Malaysia NT.

Berdasarkan ranking FIFA, Malaysia kini menghuni tangga ke-131 dunia dengan 1123.57 mata manakala Cape Verde kendalian Bubista berada dalam kelompok 100 terbaik dunia iaitu tangga ke-72 dengan 1344.37 mata.

Aksi antara Malaysia vs Cape Verde dijadualkan pada 29 Mei jam 8 malam di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.