Ini Kemas Kini Jadual & Waktu Liga Super Musim 2024/25
Liga Super
Majlis Sukan Negara
Advertisements

Pasukan-pasukan Liga Super bakal mengetahui jadual liga musim 2024-2025 tidak lama lagi.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam kepada media selepas Kongres Tahunan FAM Ke-60 hari ini.

MFL telah menghantar maklumat analisis waktu sepak mula liga kepada penyiar rasmi liga bagi menentukan waktu sepak mula setiap perlawanan.

Advertisements

Sekiranya semua berjalan lancar, jadual terbaru Liga Super bakal diketahui pada hujung minggu ini. Stuart turut mengesahkan perlawanan bakal berlangsung pada waktu petang dan waktu malam seperti musim lepas.

“Minggu ini kita akan hantar (maklumat) analisis sepak mula kepada penyiar (rasmi liga). Kemudian kita akan keluarkan kalendar terbaru liga pada hujung minggu ini.

“Saya rasa kita akan teruskan dengan apa yang berlaku (seperti pada musim lepas). Kita tahu di peringkat cuaca, ada pertimbangan yang perlu dibuat demi kesihatan dan keselamatan pemain.

Advertisements

“Kita perlu berjaga-jaga, itu semua dalam pertimbangan kami. Jangan lupa antara pertimbangan MFL yang sedikit unik kali ini ialah pergerakan lori-lori VAR.

“Jadi, sedikit rumit bila kita ada empat unit tetapi ada enam perlawanan bagi setiap minggu. Ini bagi memastikan lori A sampai ke stadium dalam waktu keperluan perlawanan itu berlaku pada keesokan hari.

“Jadi, itu percaturan yang kita cuba atasi sebab kita juga ada Sabah dan Sarawak. Di mana kita kena ambil kira penerbangan, peralatan tak semua yang boleh masuk dalam beg dan didaftar masuk.

Advertisements

“Jadi, masalah ini kita mahu cuba atasi secepat mungkin. Kalendar perlawanan patut muncul sebelum hujung minggu ini,” katanya.

Saingan Liga Super musim 2024-2025 bakal menyaksikan persaingan 13 buah pasukan selepas tiada pasukan terpilih untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelantan FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram