Advertisement
Ini Rekod Tiga Pertemuan Akhir JDT Berdepan Kawasaki Frontale
ACL
MakanBola
Azri/Makanbola

Bahang semakin terasa menjelang pertemuan antara JDT dan Kawasaki Frontale pada hari Selasa ini.

Kedua-dua pasukan kini dalam misi mendapatkan 3 mata berharga dalam menjamin tangga 2 teratas kumpulan I Liga Juara-Juara Asia.

Aksi di Stadium Kawasaki Todoroki kelak bakal menjadi pertemuan keempat kedua-dua pasukan setelah dua musim berturut-turut JDT dan Kawasaki ditempatkan dalam kumpulan yang sama.

Musim lalu, pertemuan pertama kedua-dua pasukan ini berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan manakala aksi seterusnya pula menyaksikan JDT tewas 0-5 kepada Kawasaki.

Sepakan percuma Yasuto Wakizata menjadi gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-14.

Kemudian 2 jaringan Yu Kobayashi hasil bantuan jaringan pemain yang sama iaitu Miki Yamane meletakkan Kawasaki 3-0 dihadapan untuk aksi babak pertama.

Marcinho dan Chanathip Songkrasin melengkapkan kemenangan besar Kawasaki pada malam itu.

Kesemua aksi Liga Juara-Juara Asia pada musim lalu bermain digelanggang JDT, Stadium Sultan Ibrahim setelah pasukan itu muncul tuan rumah bagi aksi kumpulan I.

Musim ini, JDT sekali lagi bertemu Kawasaki di Stadium Sultan Ibrahim dimana Harimau Selatan turut tewas 0-1 hasil jaringan pemain sayap, Marcinho.

Mengikut rekod, JDT masih belum membolosi gawang gol Kawasaki Frontale dalam 4 pertemuan tersebut.

Pertemuan pada Selasa ini bukan sahaja bakal menjadi pentas terbaik JDT untuk menerjah jaring lawan, namun JDT berpeluang untuk meraih kemenangan pertama setelah mereka kalah 3 kali dan seri sekali dalam 4 pertemuan lalu.