Pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan juga Sabah dihiasi dengan insiden yang kurang senang melibatkan pemain serangan pasukan Sabah, Jaílton Paraíba.
Pemain kelahiran Brazil itu turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk membantu The Rhinos membolosi gawang gol Kedah Darul Aman.
Gol pertama pasukan pelawat hadir menerusi pemain pertahanan, Gabriel Peres sebelum pemain naturalisasi negara, Lee Tuck menyamakan kedudukan.
Aksi ini bagaimanapun dikejutkan dengan pertembungan antara Jaílton dan juga pemain Sang Kenari yang menyebabkan beliau tersembam ke tanah.
Keadaan ini bertambah buruk apabila beliau tidak dapat meneruskan permainan apabila beliau diusunh keluar dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
Perkembangan terkini pemain berusia 32 tahun itu bagaimanapun masih belum dipastikan sehingga makluman rasmi dibuat.