“Insiden Kad Feroz Depan Mata Saya” – Ong Kim Swee
Dunia
JST / Sabah FC
Advertisements

Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2022 yang menemukan Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir dengan kemenangan tipis buat JDT dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas semalam.

Namun begitu, disebalik permainan menarik dari kedua-dua pasukan, beberapa insiden telah menarik perhatian terutamanya kad kuning kedua pemain JDT, Feroz Baharudin.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee berkata, insiden kad kuning kedua yang diterima Feroz itu berlaku betul-betul di hadapan mata beliau dan beliau mempunyai pendapat tersendiri mengenai layangan kad kuning tersebut.

Advertisements

“Kita tahu dalam setiap perlawanan, keputusan-keputusan pengadil tidak boleh dipersoalkan. Tetapi apabila di dalam padang, situasi akan berlainan.

“Pada masa yang sama, saya percaya juga kad merah yang dilayangkan kepada Feroz mungkin bukan kad kuning kedua. Ini kerana, di hadapan saya sendiri melihat Feroz mendapatkan bola. Namun itu keputusan pengadil,” jelas Kim Swee dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, Sabah dilihat bersemangat dengan acap kali berjaya mengekang serangan dari JDT. Begitu juga berlaku kepada barisan pemain JDT yang sangat berdisiplin dalam bertahan.

Advertisements

Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam separuh akhir kedua pada 20 November depan di Stadium Sultan Ibrahim. Pemenang aksi separuh akhir ini akan mara ke final dan bakal bertemu di antara Terengganu FC ataupun Selangor FC yang bakal berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram