Insiden Kekurangan Oksigen Dalam Pesawat Hampir Ragut Nyawa Pasukan Gambia
Dunia
FF Gambia
Advertisements

Perjalanan skuad kebangsaan Gambia ke Ivory Coast untuk menyertai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) hampir berakhir dengan tragedi.

Akhbar Daily Mail mendedahkan ini selepas beberapa pemain dan pegawai dilaporkan tidak sedarkan diri sebaik pesawat berlepas dari ibu kota Gambia, Banjul ke Abidjan, Ivory Coast.

Selepas sembilan minit berada di udara, pesawat membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Banjul susulan juruterbang mengadu ketiadaan oksigen dalam kabin pesawat.

Advertisements

Sebaik mendarat di Banjul, ramai tidak henti-henti memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana lega tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Ini dirakam dalam satu hantaran video bekas pemain Manchester United, Saidy Janko di Instagram peribadinya.

Advertisements

Jurulatih Gambia dari Belgium, Tom Saintfiet mengakui merasa takut semasa insiden itu berlaku.

“Kami sepatutnya sudah mati. Kami semua cepat terlelap. Termasuk saya juga. Saya bermimpi singkat tentang perjalanan kehidupan saya. Ini benar-benar berlaku,” katanya kepada akhbar Belanda, Nieuwsblad.

Advertisements

Insiden ini menyebabkan ramai pemain dan staf The Scorpions trauma untuk mengembara menggunakan kapal terbang kipas.

Dan ini bakal memberi kesukaran kepada Persekutuan Bola Sepak Gambia (GFF). Ini kerana mereka perlu berada di Ivory Coast untuk AFCON 2023 yang bermula pada 13 Januari ini.

Advertisements

Sekiranya mereka gagal muncul untuk aksi pertama Kumpulan C menentang Senegal pada 15 Januari, The Scorpions berdepan kemungkinan disingkirkan daripada kejohanan.

Bagi Saintfiet, mereka sudah tidak mahu menaiki pesawat sebegitu lagi. Ini kerana yang penting pada akhirnya ialah keselamatan nyawa mereka sebelum membawa nama Gambia ke AFCON 2023.

“Kita sekarang di Gambia dan tidak mahu terbang dengan pesawat sebegitu lagi. Itu pesawat paling kecil yang mereka boleh cari dengan kipas untuk 50 orang.

“Macam seolah-olah yang penting ialah ia boleh terbang. Ada hadnya, saya sedia mati di atas padang bola sepak tetapi saya tidak mahu mati kerana tugas saya di luar padang,” tambahnya.

Sehingga artikel ini ditulis, GFF sedang berusaha mencari penerbangan alternatif untuk membawa The Scorpions ke Ivory Coast.

Selain Senegal dan Gambia dalam Kumpulan C, Cameroon dan Guinea turut berada dalam kumpulan sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram