Ads
TV
Media Sosial

Arena bola sepak negeri Pahang kembali panas gara-gara tindakan individu tidak dikenali menumbuk pengadil dalam aksi suku akhir Piala FA Jerantut semalam.

Advertisements

Insiden ini berlaku dalam perlawanan membabitkan Rang Hill FC dan Tembeling United FC semalam.

Advertisements

Berdasarkan video yang tular di media sosial semalam, seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke padang selepas perlawanan tamat.

Advertisements

Advertisements

Lelaki tersebut yang tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan perlawanan tersebut kemudiannya menumbuk pengadil tersebut.

Individu tersebut kemudiannya cuba mengejar pengadil terbabit sebelum dihalang oleh pemain-pemain lain yang berada di atas padang.

Advertisements

Ini bukan kali pertama insiden pengadil diserang berlaku di Malaysia. ARL FC dikenakan penggantungan selama lima tahun oleh Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) selepas menyerang pengadil pada September lepas.

Perlawanan semalam menyaksikan Rang Hill menewaskan Tembeling United 1-0 sekali gus layak ke separuh akhir Piala FA Jerantut.

Advertisements

Kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Daerah Jerantut itu diadakan di Padang FA Jerantut, Jerantut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram