Laman sosial pertahanan Ratchaburi FC, Daniel Ting diserang oleh peminat dari seberang.
Pertahanan berusia 33 tahun itu beraksi buat pasukannya ketika menyingkirkan jaguh Indonesia, Persib Bandung dengan agregat 3-1 bagi aksi pusingan kalah mati, AFC Champions League Elite Two (ACL2).
Beliau beraksi pada kedua-dua aksi menentang anak buah Bojan Hodak dan menjadi antara pemain paling cemerlang bagi pertarungan tersebut.
Ketegangan berlaku di Gelora Bandung Lautan Api selepas tersingkirkan juara bertahan Liga 1 Indonesia itu dengan para penyokong turun membanjiri padang.
Para pemain Ratchaburi terpaksa bergegas masuk ke bilik persalinan demi keselamatan masing-masing ekoran serangan di hadapan lebih 30,000 peminat setia Persib Bandung.
Selepas perlawanan pada 18 Februari itu, media sosial Daniel Ting yang juga merupakan pertahanan kebangsaan diserang peminat dari seberang.
Rata-ratanya menyatakan rasa tidak puas hati susulan penyingkiran pasukan kesayangan mereka daripada kejohanan ACL2 itu.
Komen dengan bahasa kasar dan berbaur kurang sopan membanjiri Instagram Daniel yang mengikuti jumlah pengikut sekitar 22,000 orang itu.

Bukan itu sahaja, hampir sebahagian besar komentar pada hantara terkini beliau menerima hampir 5,500 tanda suka peminat selain komen yang mencecah 240 oleh penyokong serata Asia Tenggara.

Ting baru sahaja menyertai Ratchaburi FC pada Januari 2026 menerusi perpindahan dari kelab Liga Super Malaysia, Sabah FC.