Advertisement
Intan Serah: Kami Mendominasi, Tapi Tumpul
UltraSukan
UltraSukan
FA Malaysia

Penyerang Malayan Tigress, Intan Serah Anisah Zulgafli melihat penyudah tumpul sebagai punca mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan Pakistan awal pagi tadi.

Aksi kedua Kumpulan A Women’s International Friendly menyaksikan Malaysia sudah mencuba menembusi gawang skuad wanita Pakistan tetapi tidak berhasil. Ini mengecewakan Intan disebabkan skuad negara mendominasi perlawanan.

Honestly, I’m proud with my team (Sejujurnya, saya bangga dengan pasukan saya). Anda tahu kita sudah cuba sehabis baik dari awal sampai habis wisel. Tapi keputusan kita tak menyebelahi kitorang.

“Agak frustrated (kecewa) sebab most of the time (kebanyakan masa) kami dominate the game (mendominasi perlawanan) tapi kami tumpul di bahagian hadapanlah. Jadi, agak frustrated (kecewa lah untuk game kali ini,” katanya dalam temubual selepas perlawanan.

Kelemahan penyudah perlu diatasi jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi sekiranya skuad negara berjaya mara ke separuh akhir Women’s International Friendly.

Kini, nasib Malaysia ditentukan menerusi aksi ketiga kumpulan membabitkan Arab Saudi dan Pakistan. Perlawanan dua pasukan ini menentukan sama ada Malayan Tigress mara sebagai naib juara kumpulan atau tidak.