Gaji Berjuta Tapi iPhone Retak, Riyad Mahrez Bagi Jawapan ‘Win’
Dunia
Riyad Mahrez
Advertisements

Pemain sayap pasukan Manchester City, Riyad Mahrez baru-baru ini mendapat perhatian oleh pada peminatnya susulan beliau dilihat masih menggunakan telefon pintar sungguhpun ia sudah retak.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pemain kebangsaan Algeria ini, beliau dilihat sedang bersedia untuk menaiki kapal terbang bagi menyertai pasukan bagi perlawanan pra-musim.

Walau bagaimanapun, tumpuan lebih terarah kepada tangan pemain berusia 30 tahun ini apabila beliau kelihatan memegang iPhone yang sudah retak teruk.

Advertisements

Hantaran tersebut mendapat pelbagai respon selepas sedia maklum bahawa Mahrez merupakan seorang pemain berstatus tinggi di kelab tersebut.

Beliau diingatkan oleh seorang wanita bahawa dirinya merupakan seorang jutawan.

Namun begitu, respon ‘win’ beliau mendapat perhatian netizen.

Advertisements

“Saya guna selagi mana ia berfungsi.”

Ciapan ringkas bekas bintang Leicester City ini terus mendapat sambutan hangat peminat yang tidak mahu kehidupan seseorang hanya diukur berdasarkan sebiji iphone.

Pemain bintang sensasi ini dilaporkan memiliki aset kira-kira $21 juta (~RM93.45 juta) mengikut SportsKaeda

Advertisements

Sifat merendah diri Mahrez juga membuktikan kehidupan beliau yang amat sederhana dan juga memfokuskan kepada karier beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram