Ads
Ipswich Town & Elkan Baggott Naik Pangkat Ke EPL
Eropah
Elkan Baggott

Kelab Elkan Baggott, Ipswich Town mengesahkan kenaikan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

Advertisements

Ini selepas pasukan yang diberi jolokan The Tractor Boys itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town dalam aksi terakhir Liga Kejohanan hari ini.

Advertisements

Wes Burns dan Omari Hutchinson masing-masing menyumbat satu gol untuk membantu pasukan itu mengutip 95 mata, satu mata di belakang juara Leicester City.

Advertisements
Advertisements

Kemenangan itu sudah cukup buat anak buah Kieran McKenna bergelar naib juara liga dan mengiringi Leicester ke EPL pada musim hadapan.

Ini sekaligus meranapkan impian Leeds United untuk layak secara automatik ke EPL musim 2024/25. Ini selepas The Whites tewas 2-1 kepada Southampton dalam satu lagi aksi hari ini.

Advertisements

Menariknya, Ipswich turut menjadi pasukan pertama sejak Southampton untuk merekodkan kenaikan pangkat sebanyak dua kali berturut-turut sejak musim 2011/12. Ini kali pertama pasukan itu bersaing di EPL sejak 22 tahun lalu.

McKenna turut mencipta sejarah sebagai pengurus kelima Ipswich merekodkan kenaikan pangkat ke divisyen utama bola sepak Inggeris itu.

Beliau mengikut jejak Sir Alf Ramsey (1961), Bill McGarry (1968), John Lyall (1992) dan George Burley (2000).

Baggott yang ketika ini menyertai kelab League One, Bristol Rovers secara pinjaman sehingga akhir musim berpeluang menempa sejarah apabila Ipswich beraksi di EPL musim hadapan.

Beliau berpotensi menjadi pemain Indonesia pertama yang beraksi dalam saingan liga berkenaan sekiranya diberi peluang oleh McKenna.

Advertisements

Leeds United, Southampton, West Bromwich Albion dan Norwich City dijangka bersaing dalam penentuan play-off untuk menentukan pasukan terakhir mengiringi Leicester dan Ipswich ke EPL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram