Iran Bangkit Tewaskan Burkina Faso
Asia
Mehr News
Advertisements

Aksi persahabatan antarabangsa pada semalam telah melibatkan pertembungan antara pasukan Iran dan Burkina Faso.

Perlawanan bermula dengan Burkina Faso terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-15 permainan.

Mohamed Konaté mencatat nama sebagai penjaring apabila rembatan derasnya gagal diselamatkan penjaga gol Iran sekaligus meletakkan Burkina Faso mendahului dihadapan.

Advertisements

Sebelum tamat babak pertama, Iran akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42 permainan. Keadaan kelam kabut di kawasan kotak penalti Bukina telah dimanfaatkan Mehdi Taremi untuk gol pertama Iran.

Bersambung aksi di babak kedua, Iran dan Burkina masing-masing berusaha memburu gol kedua. Serangan demi serangan dihalakan ke kawasan lawan masing-masing.

Pada minit ke-72 permainan, Omid Ebrahimi menjadi wira pasukan apabila kesilapan tumbukan penjaga gol Burkina dimanfaatkan pemain berusia 36 tahun itu.

Advertisements

Jaringan Omid Ebrahimi memastikan aksi persahabatan tersebut memihak kepada Iran. Iran berjaya bangkit menewaskan Burkino Faso di Stadium Olimpik Kish dengan keputusan 2-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram