Advertising
Irfan Bakti Berkobar-kobar Bawa Mandat Kelantan RW
MakanBola
Kuching City FC

Jurulatih baharu Kelantan Red Warrior FC (KRW FC), Irfan Bakti Abu Salim cukup bersemangat untuk membimbing pasukan itu.

Jurulatih berpengalaman berusia 73 tahun itu menjadi pilihan pengurusan KRW untuk membimbing skuad utama dan menerapkan falsafah permainan yang bersesuaian dengan identiti pasukan itu.

Ad

Selepas pelantikannya disahkan, Irfan menyeru kepada peminat bola sepak Kelantan agar memberi sokongan kepada pasukan itu.

Ad

“Sama-samalah kita menyokong barisan kita untuk kejayaan musim akan datang,” katanya selepas sidang media KRW hari ini.

Beliau turut memaklumkan sesi ujian pertama bagi pemain yang berminat untuk menyarung jersi KRW bakal diadakan pada 25 Januari ini di Kota Bharu.

Ad

Irfan bukan nama asing dalam arena bola sepak negara. Ini kerana beliau pernah membimbing banyak pasukan seperti Selangor FC, Felda United, Terengganu FC dan Penang FC.

Ad

Irfan juga pernah berkelana ke Indonesia apabila menerima tawaran kelab Persipura Jayapura. Beliau juga pernah membimbing skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) pada 1997.

Ad