Irfan Bakti Mahu Jumpa Pengurusan Kuching City Secepat Mungkin
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Kedudukan Kuching City semakin tersepit selepas tunduk 1-0 kepada Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri Kuching hari ini. Dan ini membuatkan jurulatih Irfan Bakti berpandangan satu tindakan drastik perlu diambil bagi mengekang kemerosotan pasukan daripada berterusan.

Sejak mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan pada perlawanan pertama musim ini, Il Gatto berdepan kesukaran merekodkan sebarang kemenangan tambahan. Liga Super musim 2023 menyaksikan Kuching City hanya merekodkan satu kemenangan, satu seri dan tujuh kekalahan.

Dengan pasukan berdepan kemarau kemenangan dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan terakhir termasuk perlawanan malam ini, Kuching City perlu membuat keputusan segera demi menyelamatkan pasukan. Ini termasuk menimbang kemungkinan melepaskan khidmat Irfan sebagai jurulatih pasukan.

Advertisements

“Saya malas fikirkan game menentang Penang. Saya nak jumpa dulu management malam ini juga kerana untuk membuat sesuatu. Kalah tujuh, lapan game straight, bukan dia ni,” komennya secara ringkas bila ditemubual Astro Arena selepas perlawanan Kuching City-Sri Pahang.

Selepas sembilan perlawanan, Il Gatto menduduki tangga ke-12 liga dengan empat mata. Selepas rehat bersempena sambutan Aidilfitri, Kuching City bakal berdepan Penang pada 27 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram