Irfan Bakti: Nafuzi Zain Jurulatih Muda Yang Tidak Malas
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Menurut MFL, Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti telah memberi pandangan positif terhadap jurulatih Terengganu FC iaitu Nafuzi Zain. Irfan tampak teruja dengan kredibiliti Nafuzi ketika merencana skuad Terengganu FC dalam menghadapi saingan liga Malaysia musim ini.

Bekas jurulatih pasukan Terengganu itu juga berbangga atas kejayaan pasukan Terengganu FC selepas muncul sebagai Juara Kumpulan B. Beliau juga menyatakan bahawa Nafuzi Zain adalah seorang yang rajin dan kerap bertanya jika ada menghadapi masalah. 

“Sekarang mereka dah layak ke suku akhir, jadi saya rasa tiada masalah mereka nak ke separuh akhir pula dan saya berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Nafuzi selepas tiga tahun pernah menjadi pembantu saya.

Advertisements

 “Bagi saya, dia merupakan jurulatih muda yang tidak malas dan selalu bertanya kalau ada masalah, dan malam ini kami bertemu buat kali kedua, sudah pasti ia akan menjadi pertembungan menarik.”

Dalam pada itu, Irfan Bakti juga yakin bahawa pasukan Terengganu FC bakal menurunkan pemain-pemain simpanan oleh kerana mahu merehatkan pemain-pemain utama bagi persiapan perlawanan suku akhir akan datang.  

“Sudah tentu Terengganu akan menurunkan pemain-pemain simpanan mereka sebab mereka mesti nak fokus aksi suku akhir. “

Advertisements

“Suku akhir tinggal beberapa hari sahaja lagi dan mereka mesti nak jaga kecergasan masing-masing, jadi kita akan cuba sebaik mungkin untuk beri tentangan.” kata Irfan Bakti

Oleh itu, jurulatih berusia 70 tahun ini dapat merasakan bahawa pertembungan dengan bekas pembantunya buat kali kedua untuk musim ini pastinya akan menjadi lebih menarik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram