Isu Choi Moon-sik Raih Perhatian Media Bebas Korea
Asia
Kelantan FC
Advertisements

Sebuah media bebas yang berpangkalan di Korea Selatan, Best Eleven telah melaporkan mengenai nasib bekas pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa jurulatih kelahiran Korea Selatan itu telah pun direhatkan oleh pihak pengurusan The Red Warriors selepas prestasi hambar yang ditunjukkan oleh pasukan.

Menurut kenyataan oleh portal tersebut, Moon-sik difahamkan tidak dilayan dengan adil sepanjang berkhidmat di Malaysia setelah ejen beliau telah pun memuat naik beberapa kenyataan menerusi akaun Instagram beliau.

Advertisements

Best Eleven juga menyatakan bahawa pihak pengurusan Kelantan juga telah pun melibatkan urusan dalam bilik persalinan pasukan selain terdapat isu tunggakan gaji.

Ejen tersebut dalam kenyataan itu memberitahu bahawa Choi Moon-sik tidak dilayan dengan adil dan pemain telah menjadi mangsa keadaan ini.

Advertisements

“Setiap perlawanan, pemilik akan masuk ke mesyuarat pemilihan pemain yang diadakan oleh jurulatih. Minggu lepas, Moon-sik tidak dapat memilih pemain yang diturunkan.”

“Pemain juga menolak untuk berlatih kerana tunggakan gaji selama dua bulan. Pemilik tersebut mengancam pemain untuk berlatih tetapi gaji tidak dibayar,” jelas Tim Sahwang dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

Beliau bagaimanapun terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh penyokong Kelantan sungguhpun hanya mencatatkan satu kemenangan setakat ini.

Kenyataan penuh: Portal Best Eleven

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram