Isu Gaji KL City Bakal Selesai
MakanBola
KL City FC

Isu gaji yang dihadapi Kuala Lumpur City FC (KL City FC) bakal selesai tidak lama lagi.

Sebelum ini, pengendali pasukan itu, Risto Vidakovic mendedahkan pasukan itu lewat menerima gaji mereka selama dua bulan.

Vidakovic turut memohon pengurusan The City Boys menyelesaikan isu ini secepat mungkin bagi memastikan kebajikan pemain dan staf kejurulatihan pasukan itu terjaga.

Susulan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar mengadakan pertemuan dengan skuad KL City sebelum aksi Liga Super menentang Brunei DPMM FC.

Pertemuan tersebut dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Antara perkara yang disentuh Syed Yazid ialah penjelasan isu gaji lewat untuk Januari 2026.

“Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar telah bertemu barisan pemain dan kejurulatihan KL City sebelum sepak mula menentang DPMM pada Ahad.

“Antara tujuan utama pertemuan itu ialah bagi menjelaskan situasi semasa kelab termasuk isu kelewatan pembayaran gaji Januari 2026,” katanya di X.

Syed Yazid kemudiannya memaklumkan isu tunggakan gaji yang dihadapi pasukan itu dijangka selesai pada minggu hadapan.

“Tunggakan gaji selesai minggu hadapan,” katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Berita itu dilihat menyuntik semangat KL City meraih kemenangan 4-0 ke atas DPMM pada 22 Februari lalu.

Claim Money Packet TnG