Ivan Mamut Kekal Berbakti Bersama Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Liga Malaysia (Liga M) 2023 menyaksikan Ivan Mamut menjadi tonggak utama pasukan Terengganu FC.

24 gol yang dijaringkan dalam semua kejohanan bukan saja membantu skuad Peteh mara ke final Piala Malaysia 2023.

Malah, mereka memberi cabaran sengit kepada Central Coast Mariners dalam Piala AFC sebelum terpaksa melupakan hajat layak ke separuh akhir peringkat Zon ASEAN.

Advertisements

Atas sebab itulah, pengurusan skuad Penyu mengumumkan khidmat Mamut dikekalkan untuk musim 2024-2025.

“Penyerang utama pasukan, Ivan Mamut secara rasmi telah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama kelab ini untuk saingan musim hadapan.

Advertisements

“Ivan menyatakan apa yang beliau lalui sepanjang musim bersama kelab termasuk penyokong, barisan kejurulatihan dan rakan pasukan ini telah membantu meningkatkan motivasi dan prestasi beliau.

“Ivan ingin buktikan beliau akan tampil lebih cemerlang untuk musim keduanya bersama kelab ini!” kata pengurusan dalam satu kenyataan.

Advertisements

24 gol yang disumbat Mamut bukan saja menjadikan beliau penjaring terbanyak Terengganu untuk musim 2023.

Malah, ini rekod gol beliau yang paling prolifik dalam kariernya. Ini kerana rekod 24 gol beliau dalam 35 perlawanan di Terengganu musim ini jauh lebih baik berbanding rekodnya baik di Croatia mahupun Romania.

Advertisements

Ini kerana mengikut data Transfermarkt, rekod terbaik Mamut ialah 17 gol dalam 82 perlawanan bersama Inter Zapresic.

Selain berjaya mengekalkan Mamut, Terengganu turut mendapat suntikan semangat apabila berjaya memeterai perpindahan pinjaman Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram