Ivan Mamut Perlu Berehat Panjang
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC menerima tamparan hebat menjelang permulaan musim 2024/25 apabila terpaksa melupakan khidmat Ivan Mamut.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, khidmat penyerang Croatia berusia 26 tahun itu terpaksa disisihkan Terengganu kerana mengalami kecederaan tendon Achilles.

Keadaan ini mengakibatkan Mamut perlu menjalani tempoh pemulihan yang lama sebelum dapat kembali membantu skuad Peteh.

Advertisements

“Kecederaan tendon Achilles memaksa Ivan Mamut berehat panjang. Dijangka tiada dalam perancangan Tomislav Steinbruckner bagi aksi pertama Mei depan,” katanya di X.

Tanpa Mamut mengetuai bahagian serangan, tanggungjawab mengetuai serangan Terengganu bakal digalas Ismaheel Akinade dan penyerang muda, Syahmi Zamri.

Nama bekas penyerang Inter Zapresic itu menjadi sebutan penyokong Peteh kerana muncul penjaring terbanyak musim 2023 dengan 17 gol.

Advertisements

Mamut turut membantu pasukan gergasi Pantai Timur itu layak ke final Piala Malaysia 2023.

Beliau menyertai dua lagi pemain Terengganu yang terpaksa berehat akibat kecederaan iaitu Azam Azmi Murad dan Hakimi Abdullah.

Walau bagaimanapun, penyokong Terengganu boleh menghela nafas lega kerana Azam dilaporkan sudah mula menjalani latihan ringan bersama pasukan.

Advertisements

Bek kanan berusia 23 tahun itu sebelum ini terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan semasa beraksi untuk skuad senior Malaysia menentang Oman pada Mac lalu.

Kecederaan yang dialami Azam mengakibatkan namanya terpaksa disisihkan daripada skuad bawah 23 tahun negara yang menyertai Piala Asia B-23 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram