Advertisement
Izham Tarmizi Kembali Sertai JDT
Transfer
MakanBola
Sri Pahang FC

Penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi dikhabarkan dalam perjalanan pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Khabar ini dimaklumkan oleh wartawan terkenal Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai kepulangan penjaga gol berusia 33 tahun ini ke kelab selatan tanah air.

“Menjelang hari terakhir perpindahan pemain, penjaga gol Izham Tarmizi difahamkan kembali ke JDT dari Sri Pahang,” tulis Zulhelmi di laman X milik beliau.

Izham menyertai pasukan juara Liga Super 2023 itu pada musim 2014 dan dipinjamkan kepada skuad Tok Gajah bermula musim lalu selepas gagal merebut tempat di posisi penjaga gol JDT.

Rekod Izham bersama Sri Pahang juga dalam prestasi yang baik apabila tampil sebanyak 19 kali dalam semua pertandingan selain dibolosi sebanyak 23 kali dan mengekalkan 6 clean sheet.

Beliau berjaya membantu Sri Pahang menduduki tangga kelima Liga Super musim lalu dengan 45 mata selain mara ke suku akhir Piala Malaysia dan pusingan 16 terbaik dalam saingan Piala FA.

Penjaga gol kelahiran Terengganu ini pada mulanya dikhabarkan kekal beraksi sebagai pemain pinjaman buat Sti Pahang buat semusim lagi selepas kelihatan kelibatnya turun berlatih dalam aksi pra-musim.

Walau bagaimanapun, kini Izham bakal kembali ke selatan tanah air bagi memperkukuh benteng terakhir pasukan JDT setelah pemergian seorang lagi penjaga gol, Haziq Nadzli ke Perak FC sebagai pemain pinjaman.