Advertisement
Izham Tarmizi Terima Beberapa Jahitan, Keadaan Dilaporkan Stabil
Liga Super
MakanBola
Sri Pahang FC

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan memberi kelegaan kepada ramai pihak mengenai status terbarunya.

Beliau mencuri tumpuan semalam selepas hampir memberi khabar kurang baik apabila terpaksa diusung keluar ketika babak pertama perlawanan.

Beliau dikesan berlaga dengan pemain Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar dalam kotak penalti Sri Pahang dan menyebabkan beliau terbaring.

Penjaga gol pinjaman JDT ini dilihat terpaksa diusung keluar lalu digantikan posisinya semalam.

Namun begitu, Izham tampil melegakan keadaan dengan memberi penjelasan bahawa dirinya baik-baik sahaja.

“Saya dalam keadaan baik dan ada terima sedikit jahitan. InsyaAllah saya akan bangkit untuk perlawanan seterusnya.”

“Terima kasih kepada rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan saya,” jelasnya.

Bagi aksi semalam, Sri Pahang berjaya mengikat Negeri Sembilan dengan keputusan 1-1.