J3 League: Luqman Hakim & Yokohama SCC Ditundukkan Imabari
Asia
YSCC
Advertisements

Hajat kelab Luqman Hakim Shamsudin, Yokohama Sports & Culture Club (YSCC) untuk meraih kemenangan pertama dalam J3 League tidak kesampaian.

Ini selepas kelab itu tewas kepada Imabari dalam aksi terbaru liga yang berlangsung pada hari ini.

Selepas diturunkan dalam perlawanan menentang Matsumoto Yamaga pada minggu lepas, Luqman kembali diletakkan di bangku simpanan.

Advertisements

Meskipun beraksi di gelanggang sendiri, Imabari yang menggunakan formasi 4-4-2 mula memberi tekanan kepada Yokohama SCC.

Hasilnya, pelawat mendahului menerusi peledak utama mereka, Yumeki Yokoyama pada minit ke-15. Imabari terus mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Yokohama SCC cuba bangkit mencari gol penyamaan. Malangnya, hantaran-hantaran yang cuba direncanakan tuan rumah berjaya disekat Imabari.

Advertisements

Luqman kemudiannya masuk pada minit ke-83 sebagai pemain gantian dengan harapan dapat mengubah keputusan perlawanan.

Bagaimanapun, usaha tersebut masih lagi tidak berhasil. Sebaliknya, Imabari diberi sepakan penalti selepas pengadil mengesan kekasaran ke atas pemain pelawat.

Penalti tersebut mudah disempurnakan pemain sayap Brazil, Marcus Vinicius pada minit akhir perlawanan. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini meletakkan Yokohama SCC pada kedudukan ke-16 liga selepas empat perlawanan musim ini. Selepas ini, mereka bakal berhadapan Ryukyu pada 20 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram