Jaami Qureshi Akui Tiada Perancangan Beraksi Di Liga Malaysia
Dunia
Jaami Qureshi
Advertisements

Pemain warisan Harimau Malaya, Jaami Qureshi secara terbuka menyatakan bahawa beliau kini tidak mempunyai perancangan untuk pulang beraksi di Liga Malaysia.

Beliau merupakan antara salah seorang prospek muda yang sedang meningkat naik di Eropah bersama Brighton FC bawah 18 tahun.

Nama pemain ini menjadi bualan hangat susulan beliau dijemput untuk menghadiri wisma FAM sekaligus menguatkan spekulasi beliau bakal beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menerusi satu temubual yang telah dilakukan oleh Astro Arena, pemain lincah ini mengakui tidak berminat untuk beraksi di Malaysia.

“Setakat ini, saya tidak merancang untuk beraksi di Malaysia (saingan liga).”

Pemain kelahiran Malaysia-Iraq ini bagaimanapun menyambut baik desas-desus yang menyatakan beliau bakal beraksi bersama pasukan kendalian Kim Pan-gon pada masa akan datang.

Advertisements

“Kita baru sahaja memulakan perbincangan bersama FAM dan mereka mahu melihat apa perancangan saya.”

“Saya sudah pun berbincang dengan ayah dan juga abang tentang masa depan saya.”

Untuk musim 2021/2022, Jaami telah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris Bawah 18 untuk Brighton. Beliau sudah bermain 13 perlawanan dengan berjaya mencetak dua gol serta menyumbang dua bantuan gol.

Advertisements

Kini beliau telah dilepaskan oleh kelab namun masih mempunyai perancangan untuk kekal di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram