Advertisement
Jadon Sancho Dibuang Dari Kumpulan Whatsapp Man United
Eropah
MakanBola
Manchester United

Malang berganda buat pemain sayap England, Jadon Sancho apabila terus disisihkan daripada organisasi kelab Manchester United.

Terbaharu, Jadon Sancho dikhabarkan dibuang daripada kumpulan Whatsapp Manchester United menurut laporan Goal.

Hubungan Sancho bersama pengurus Erik Ten Hag semakin buruk setelah beliau dikeluarkan daripada kumpulan Whatsapp yang menjadi platform utama Ten Hag dalam menyampaikan info penting terhadap para pemain United.

Nama pemain ini telah hilang dari kesebelasan utama United sejak Sancho membalas kenyataan Erik Ten Hag terhadapnya.

Sancho yang enggan memohon maaf kepada Erik Ten Hag menyebabkan dirinya disisihkan bukan sahaja daripada bermain untuk pasukan utama, malah turut tidak dibenarkan menjalani latihan bersama ahli pasukan yang lain.

Situasi bertambah buruk apabila Sancho juga tidak dibenarkan menggunakan dewan makan bersama pasukan utama United.

Ketika ini khabar angin tentang pemergian Jadon Sancho semakin bertiup kencang dengan bekas kelab lamanya, Borussia Dortmund berminat mendapatkan khidmat pemain ini.

Posisi sayap kanan United kini digalas oleh Antony, Alejandro Garnacho dan Facundo Pellistri setelah ketiadaan Jadon Sancho dalam skuad utama United.