Advertising
“Jadon Sancho Gagal Di Man United” – Jose Mourinho
MakanBola
Manchester United

Jurulatih baharu Fenerbahce, Jose Mourinho berpendapat karier Jadon Sancho telah gagal di Manchester United.

Jawapan jujur tersebut dilontarkan oleh Mourinho ketika wartawan bertanyakan pendapat beliau tentang prestasi semasa Jadon Sancho yang turut beraksi menentang Real Madrid dalam aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Ad

Sancho menyertai Dortmund kerana tidak sehaluan lagi dengan Erik Ten Hag di Manchester United sehingga beliau menuduh dirinya menjadi kambing hitam Ten Hag dan enggan meminta maaf kepada jurulatih tersebut.

Ad

Jose Mourinho kemudian berkongsikan beberapa faktor yang menjadi sebab kepada kegagalan Sancho untuk menyinar di United.

“Sebagai pemain kita tahu bakatnya, kita nampak apa yang dia mampu lakukan dan tiada sangsi mengenainya. Apa yang berlaku di Manchester United, berdasarkan pengalaman saya kadang-kala saya juga gagal dengan beberapa pemain.

Ad

“Kadang-kala saya tak dapat memahami gaya seseorang pemain dan saya tak dapat bantu pemain untuk berkembang di jalan yang betul.

Ad

“Majoritinya saya berjaya tetapi dalam beberapa situasi saya gagal dan saya rasa kita perlu belajar berdasarkan pengalaman di mana saya sentiasa cuba untuk memahami sifat seseorang pemain. Kadang-kala mereka ada bakat tetapi tiada mentaliti yang diinginkan oleh pengurus.

Ad

“Jadi pemain itu akan melakukan kesilapan dan pengurus tidak dapat mengembangkan kemampuan pemain itu.

“Sudah tentu Jadon Sancho gagal kerana dia tidak bermain di United. Banyak sebab untuk pemain gagal, bukan faktor pengurus sahaja tetapi keluarga, ejen dan kelab turut menjadi faktor.

“Sebagai jurulatih, saya berjaya banyak kali mengembangkan bakat pemain muda dan ada masanya saya juga gagal. Walaupun banyak sebab tapi jurulatih juga termasuk dan bagi jurulatih pengalaman inilah yang membantu mereka pada masa hadapan.

“Sudah tentu sekarang jurulatih mereka sedang menganalisis apa yang berlaku kepada Jadon Sancho di Manchester United dan di Borussia Dortmund.” ujar Jose Mourinho.

Jadon Sancho menyertai Dortmund secara pinjaman pada Januari lalu dan telah merekodkan 3 gol dan 3 bantuan jaringan dalam 21 penampilan buat Dortmund.