Jadual Lengkap Aksi Malaysia Di Kejuaraan ASEAN B-19
MakanBola
Malaysia NT

Jadual lengkap perlawanan Kumpulan B Kejuaraan ASEAN B-19 yang bakal dihadapi Malaysia didedahkan.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiarkan jadual perlawanan kejohanan itu di semua platform rasmi mereka baru-baru ini.

Malaysia bakal membuka kempen kumpulan dengan menentang Singapura pada 2 Jun di Stadium Teladan, Medan, Indonesia.

Ini disusuli perlawanan menentang Brunei pada 5 Jun di stadium sama. Malaysia menutup kempen dengan menentang Thailand pada 8 Jun di Stadium Madya 1.

Kejohanan ini bakal menyaksikan jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Nafuzi Zain memikul tugas membimbing skuad muda negara.

Pemilihan Nafuzi menamatkan teka-teki siapa yang akan mengisi kerusi panas itu selepas Juan Torres Garrido pada 2024.

Kumpulan A menyaksikan tuan rumah, Indonesia akan dicabar Vietnam, Timor-Leste dan Myanmar. Kumpulan C pula menyaksikan Australia ditentang Kemboja dan Filipina.