Ads
Jafri Firdaus Kemudi Carta Peledak Berbisa Sabah
Liga Super
Sabah FC

Nama Jafri Firdaus Chew menjadi sebutan apabila namanya mengetuai carta penjaring terbanyak Sabah FC untuk musim 2024/25.

Advertisements

Ini selepas pengurusan Sang Badak mengumumkan senarai penjaring pasukan itu dalam semua kejohanan termasuk Liga Super dan Piala FA.

Advertisements

Daripada 12 gol Sabah dalam Liga Super, Jafri merekodkan empat gol. Sementara Gabriel Peres dan Daniel Ting masing-masing menyumbang dua gol buat Sang Badak.

Advertisements
Advertisements

Manakala Park Tae-su, Farhan Roslan dan Saddil Ramdani pula masing-masing menyumbang satu gol.

Jafri banyak menyumbang gol buat Sabah musim ini. Ini disebabkan beliau kerap diberi peluang beraksi di bahagian serangan oleh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

Hal ini berlaku kerana ramai tonggak Sabah di posisi berkenaan terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Antaranya ialah Saddil Ramdani dan Darren Lok.

Prestasi baiknya dalam liga turut mendorong Pau Marti Vicente menyenaraikannya dalam senarai pemain bersedia menyertai kem Harimau Malaya ke Pestabola Merdeka 2024.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan, beliau percaya sekiranya Jafri terus konsisten di depan gol, bekas pemain Penang FC itu mampu meraih panggilan menyertai skuad negara.

“Selepas Saddil Ramdani dan Ramon Machado tiada dalam kesebelasan (utama), Jafri Chew banyak diberi peluang beraksi. Dia pun meningkat dan mempamerkan prestasi baik bersama pasukan Sabah,” katanya semasa menjadi panel Nindia di Astro Arena.

Meskipun perlu bersaing dengan penyerang baru Sang Badak, Joao Pedro, bisa Jafri dijangka terus ditagih Kim Swee.

Advertisements

Bisa penyerang berusia 27 tahun itu ditagih untuk merobek gawang Terengganu FC apabila kedua-dua pasukan bertemu pada 15 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram