“Jaga Kebajikan Pemain, Inilah Hasilnya” – Safee Sali
Dunia
supersafee_10
Advertisements

Bekas penyerang terbaik Asia Tenggara, Safee Sali mengucapkan tahniah kepada TMJ kerana telah menjuarai Piala Malaysia musim ini yang berakhir semalam setelah berjaya menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2-1.

Pemain berusia 38 tahun itu menyatakan bahawa pasukan JDT boleh dijadikan pasukan contoh bagi pasukan yang lain. Perkara ini telah dikongsikan oleh Safee di laman sosial Instagram miliknya sebentar tadi.

Beliau akui pemilik kelab ini mempunyai tanggungjawab dan usaha yang besar untuk membina sebuah pasukan yang berada hingga ke tahap ini.

Advertisements

Banyak perkara yang perlu diikuti oleh pasukan lain kata Safee, dan apa yang paling penting dilakukan oleh pemilik JDT adalah menjaga setiap kebajikan dan diberi keistimewaan untuk pemain.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa inilah impak nya sekiranya sesebuah pasukan mempunyai pengurusan yang sering mementingkan kebajikan setiap pemain dan jika sebaliknya Safee yakin kemungkinan pasukan itu tidak boleh pergi jauh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram