Advertising
Jalil Elías Bakal ‘Pintas’ Jordi Amat
MakanBola
San Lorenzo/JST

Kedudukan pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat selaku pemain termahal di Liga Super bakal dipintas oleh seorang lagi bakal rakan sepasukannya iaitu Jalil Elías.

Berita mengenai perpindahan pemain kelahiran Argentina itu sudah pun tular di media sosial selain disahkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ.

Beliau akan menjadi pemain baharu JDT bagi musim baharu kelak dengan TMJ mengesahkan kira-kira tiga muka import baharu bakal memantapkan pasukan.

Ad

“Jalil Elias akan jadi pemain JDT selepas beliau tamat di sana. Usianya baru 27 tahun dan boleh beraksi di pelbagai posisi tengah, beliau (Jalil) akan menyesuaikan diri dengan baik dengan kami.”

Ad

Kehadiran perancang tengah San Lorenzo ini bukan sahaja membantu aksi skuad Harimau Selatan di atas padang namun bakal menjadi pemain paling mahal dalam pasukan.

Ad
Ad

Menerusi data yang dikongsikan oleh laman Transfermarkt, nilai pasaran pemain berusia 27 tahun itu adalah sekitar 2.80Juta Euro (RM14.1 Juta) sekaligus bakal menjadikan beliau sebagai pemain termahal Liga Super.

Ad

Ini juga bakal memintas kedudukan Jordi Amat selaku pemain termahal di Liga Super dan JDT ketika ini dengan 900Ribu Euro (RM4.53 Juta).

JDT juga bakal memiliki 4 orang pemain dengan ‘saham’ paling tinggi termasuklah Fernando Forestieri dan juga Takahiro Kunimoto di tangga ketiga dan ke-4 masing-masing dengan RM4.03 Juta.