Jalil Elias Tinggalkan Memori Menakjubkan Sebelum Ke JDT
Dunia
Vamos Ciclon
Advertisements

Bakal pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias telah beraksi baru-baru ini untuk kelabnya, San Lorenzo bagi saingan Copa de la Liga Profesional.

Difahamkan perlawanan itu merupakan perlawanan terakhirnya bersama San Lorenzo sebelum menyertai JDT musim hadapan.

Namun, Jalil Elias telah memberikan memori menakjubkan buat penyokong San Lorenzo sebelum meninggalkan kelab selepas beliau berjaya meledak gol menarik dalam aksi Copa de la Liga Profesional menentang Central Cordoba.

Advertisements

Jalil Elias meledak jaringan pada masa tambahan separuh masa pertama dengan melepaskan rembatan deras dari luar kotak penali untuk memberikan pendahuluan kepada San Lorenzo.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-0 buat San Lorenzo. Biarpun menang, ianya gagal mengubah kedudukan San Lorenzo yang menamatkan saingan di tangga ke-8 Kumpulan B Copa de la Liga Profesional .

Advertisements

Sebelum ini, perpindahan Jalil Elias ke JDT telah disahkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dan dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Menerusi laman transfermarkt, kontrak Jalil Elias di San Lorenzo bakal tamat pada 31 Disember 2023. Musim ini, Jalil Elias telah beraksi dalam 52 perlawanan dan berjaya meledak tiga gol serta turut menyumbang tiga bantuan gol.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram