Jamal Nasir Hairan Bagaimana TMJ Boleh Tahu Kisah A-Z Harimau Malaya
Dunia
NSTP
Advertisements

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menyatakan kehairanan beliau terhadap pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail yang seakan-akan mengetahui segala kisah yang terjadi dalam kem skuad negara.

Beliau menyatakan pendirian itu setelah melihat bekas Presiden FAM itu mengetahui segala cerita yang membelenggu kem negara sehingga menyebabkan hal-hal tersebut sampai kepada pengetahuan umum.

Tambahnya lagi, setiap hal yang berlaku di dalam bilik persalinan Harimau Malaya tidak sepatutnya dibawa keluar kerana ianya boleh menimbulkan persepsi dan tanggapan yang tidak baik terutamanya terhadap pengurusan badan bola sepak kebangsaan (FAM).

Advertisements

‘Saya pelik bagaimana Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh tahu setiap apa yang berlaku dalam skuad Harimau Malaya, seperti ada pengintip yang memberikan maklumat kepadanya.’

Bukan itu sahaja, beliau juga percaya bahawa badan induk itu sepatutnya diberikan ruang dan masa untuk memperbetulkan segala kelemahan dan kesilapan susulan kegagalan skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk mara dengan lebih jauh dalam saingan kali ini.

‘Sepatutnya tidak semua perkara boleh dibongkarkan kepada umum. Beri ruang dan peluang kepada FAM untuk buat kerja mereka kerana yang melantik barisan kepimpinan dalam kalangan bola sepak negeri juga.’

Advertisements

‘Semua ada hak untuk komen atau kritik namun terus sampaikan kepada FAM, bukannya buka satu persatu kepada umum kerana masalah tidak akan selesai,’ katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Hal ini bertitik tolak daripada pendedahan yang dilakukan oleh TMJ mengenai perancangan yang tidak teratur dilakukan oleh FAM yang mengubah keputusan untuk menghantar skuad bawah 23 tahun pada saat akhir menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemain senior.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pendedahan yang mengatakan bahawa Tan Cheng Hoe gagal mengawal bilik persalinan ketika saingan Piala AFF termasuklah membiarkan tindakan pemain menulis taktikal di papan putih ketika perlawanan. Namun begitu, Jamal Nasir meraskan bahawa tindakan berkenaan merupakan perkara biasa dan tidak dilihat sebagai teruk hingga perlu menyalahkan jurulatih. 

Advertisements

‘Ketika saya mewakili skuad kebangsaan dahulu, Datuk Soh Chin Aun turut berdiri di sebelah jurulatih untuk berkongsi idea dan perkara perlu dilakukan rakan sepasukan lain.’

‘Bagi saya tidak ada yang salah pun pemain beri keterangan dan bukanlah jika buat demikian jurulatih dilihat gagal mengawal bilik persalinan.’

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram