ACL

James Okwuosa: Kami Terlalu Hormat Gangwon

James Okwuosa Kuching ACL2 James Okwuosa: Kami Terlalu Hormat Gangwon
Kuching City FC
Advertisements

Pertahanan Kuching City, James Okwuosa mengakui sikap terlalu menghormati Gangwon FC pada awal perlawanan menjadi antara faktor pasukannya dibolosi dalam aksi AFC Champions League Two (ACL2) pada Khamis.

Kuching City tewas tipis 0-1 kepada wakil Korea Selatan itu dalam aksi yang menyaksikan skuad kendalian mereka gagal membawa pulang sebarang mata dari tempat lawan.

Menurut James, Kuching City sepatutnya mampu mempamerkan aksi lebih baik, terutama dalam 20 minit pertama perlawanan.

Beliau berpendapat sikap terlalu menghormati kemampuan pemain Gangwon telah memberi ruang kepada lawan untuk mendapatkan gol.

Bagaimanapun, James melihat perubahan dalam permainan Kuching City selepas jaringan tersebut apabila pasukannya mula memberikan tentangan kepada Gangwon.

Malah, beliau menjelaskan Kuching City berjaya mencipta beberapa peluang yang sepatutnya dapat diterjemahkan kepada jaringan.

“Kami sepatutnya mampu melakukan yang lebih baik. Dalam 20 minit pertama, kami terlalu menghormati mereka sehingga menyebabkan kami dibolosi,” kata James Okwuosa selepas aksi.

“Namun, selepas gol itu, saya rasa kami mula memberi tentangan dan mempunyai banyak peluang yang sepatutnya dapat disudahkan dengan jaringan,” katanya.

James turut berharap Kuching City dapat memanfaatkan peluang dengan lebih baik dalam perlawanan seterusnya bagi meningkatkan peluang mereka untuk meraih keputusan positif.

“Diharapkan dalam perlawanan seterusnya, kami dapat menyempurnakan peluang yang dimiliki,” katanya.

Keputusan tersebut menyaksikan Kuching City masih memburu kemenangan pertama dalam kempen ACL2 musim ini selepas gagal meraih tiga mata ketika berdepan Gangwon.