James Okwuosa Tinggalkan PDRM
Transfer
PDRM FC
Advertisements

Bek tengah kental dari Nigeria, James Okwuosa sah tidak lagi bersama juara MFL Challenge Cup musim 2023, PDRM FC.

Perkara ini disahkan pengurusan pasukan yang diberi jolokan Sang Saka Biru menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi mereka hari ini.

“Kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi penghargaan kepada salah satu pemain tengah terbaik dalam liga musim lalu, James Okwuosa.

Advertisements

“Ia suatu penghormatan untuk bekerja dengan anda dan kami berharap untuk yang terbaik untuk masa depan dan semoga kita berjumpa lagi. Terima kasih James,” kata PDRM dalam satu kenyataan.

Dengan Okwuosa kini bergelar ejen bebas, beliau boleh berunding dengan mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Satu kelab yang dikhabarkan mahu menyambar khidmat bek tengah berusia 33 tahun itu ialah Kuching City FC.

Advertisements

Khabar angin ini pernah dinyatakan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi menerusi satu ciapan di X pada bulan lalu.

“Pertahanan kental, James Okwuosa ucap selamat tinggal kepada PDRM FC & difahamkan bakal sertai Kuching City FC musim 2024/2025,” katanya.

Bekas bek tengah Qadsia SC itu telah merekodkan 24 penampilan dalam Liga Super. Musim itu turut menyaksikan Okwuosa menjaringkan tiga gol dan satu bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Advertisements

Sang Saka Biru dilaporkan sudah mempunyai pengganti Okwuosa tetapi identiti pemain tersebut masih tidak didedahkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram