“Jangan Pandang Lim Teong Kim Sebelah Mata Hanya Kerana Dia Tiada Pengalaman”
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Penjaga gol baru Perak, Bryan See berpendapat pasukan itu boleh memberikan tentangan sengit dalam saingan Liga Super 2023 meskipun dianggap sebagai pasukan ‘mentah’.

Dia optimis Perak ada sesuatu untuk dipersembahkan kepada penyokong dalam masa sama menegaskan tiada pengalaman membimbing pemain senior sebelum ini bukan alasan untuk memandang enteng keupayaan pengendali berprofil tinggi pasukan itu, Lim Teong Kim.

“Saya rasa kami boleh bersaing dalam Liga Super dan jika mampu menamatkan cabaran dalam kelompok atasan, itu sesuatu yang sangat membanggakan.

Advertisements

“Coach Lim Teong Kim berjaya mengumpulkan ramai pemain muda berbakat yang ada keinginan tinggi untuk berjaya. Saya sangat yakin jurulatih mampu mendapatkan yang terbaik dalam kalangan pemain-pemain muda tersebut pada musim ini.

“Mungkin ramai persoalkan pengalaman Lim Teong Kim yang tidak pernah mengendalikan pasukan senior sebelum ini tetapi daripada perbualan awal, saya lihat dia ada kemampuan untuk menaikkan semula nama Perak di landasan sebenar.

“Beliau telah meletakkan satu aras yang tinggi kepada semua pemain senior dan kami tahu yang perlu menjadi contoh kepada pemain-pemain muda dalam menunjukkan sikap yang positif dalam pasukan,” katanya.

Advertisements

Lim Teong Kim dilantik sebagai pengendali baru Perak menggantikan Yusri Che Lah, bermula bulan September lalu, susulan kegagalan mereka untuk mara beraksi di saingan Piala Malaysia.

Sementara itu, Bryan mengakui cukup teruja untuk kembali berbakti kepada Perak dan menyifatkan ia seperti ‘sirih pulang ke gagang’.

Bryan memberitahu Perak sentiasa berada di dekat hatinya selepas memulakan karier bersama pasukan Piala Presiden negeri itu pada musim 2013.

Advertisements

“Saya rasa berbangga dan gembira kerana berpeluang sekali lagi mewakili Perak dalam karier saya sebagai pemain bola sepak.

“Perak mempunyai banyak makna untuk saya kerana mereka telah melamar saya pada 10 tahun lalu untuk bermain di Piala Presiden dan saya telah menemui ramai kenalan di sini.

“Perak adalah pasukan negeri pertama yang saya wakili dan harap yang terakhir dalam karier saya,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Advertisements

Sebagai rekod, Bryan turut mempunyai pengalaman luas beraksi dengan beberapa kelab di Liga Malaysia seperti Melaka United, PDRM, Penang FC dan PKNP FC malah pernah bermain di Thailand bersama Bangkok FC pada musim 2019.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram