“Janganlah Kerana Tak Suka Saya, Hak Mendaftar Pemain Dinafikan” – Zamsaham
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menyuarakan kekecewaannya kerana berdepan kesukaran mendaftarkan empat pemain import baru pasukan berkenaan.

Sebelum tetingkap perpindahan kedua ditutup pada 1 Ogos lalu, The Red Warriors telah berjaya merekrut Dennis Buschening, Alie Sesay, Ahmed Magdy dan Aliakbar Ahmadi.

Malangnya, Kelantan FC berdepan masalah teknikal membabitkan Transfer Matching System (TMS) FIFA sejak awal Ogos lalu. Disebabkan perkara ini, keempat-empat pemain tidak dapat didaftarkan dan dimanfaatkan oleh jurulatih skuad Kijang, Angel Alfredo Vera.

Advertisements

Isu ini turut mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan rayuan sudah difailkan kepada FIFA pada 4 Ogos lalu tetapi gagal. Justeru, FAM telah memfailkan rayuan buat kali kedua bagi mencari solusi kepada isu ini.

Yang pasti, bagi Zamsaham, beliau hanya mahukan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi ketika ini. Ini bagi memastikan pemain-pemain ini dapat didaftarkan dan beraksi untuk The Red Warriors.

“Apapun, saya hanya mahu pemain asing saya didaftarkan. Janganlah hanya ada orang yang tidak suka akan saya atau Kelantan FC, hak untuk mendaftar pemain baru dinafikan.

Advertisements

“Biarlah main di padang yang sama rata. Kalau Kelantan kalah biarlah kalah kerana mutu pengadil yang adil dan FAM yang bijaksana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ketika ini, skuad Kijang hanya mempunyai dua pemain import iaitu Natanael Siringoringo (Indonesia) dan Leonardo Rolon (Argentina).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram