Ads
Liga Super
Metro

Jaringan gol pertama J. Partiban bagi musim ini sewaktu menentang Kelantan membantu pasukan The City Boys menang besar dengan jaringan 5-1.

Advertisements

J. Partiban mengakui jaringan tersebut membantu melonjakkan lagi keyakinan dirinya setelah lama tidak bermain ekoran ditimpa kecederaan.

Advertisements

“Saya berasa gembira kerana sudah lama tidak bermain ekoran kecederaan dan jaringan gol ini membantu saya mendapatkan kembali keyakinan diri saya” ujarnya dalam temu ramah selepas perlawanan menentang Kelantan.

Advertisements

Advertisements

Jaringan menerusi tandukan pada minit ke-83 permainan memberikan KL City kemenangan selesa dan kini membantu kelab berada ditangga ke-6 liga dengan 28 mata.

Pemain sayap kiri tersebut juga bersedia mengekalkan momentum untuk memberikan aksi terbaik jika diturunkan pada perlawanan akan datang.

Advertisements

J. Partiban telah melakukan 5 penampilan bersama KL City bagi musim ini dan jaringan ke atas Kelantan adalah jaringan pertama beliau bagi musim 2023.

Selain itu, J. Partiban juga turut teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan ketua jurulatih baharu KL City, Nenad Bacina.

Advertisements

J. Partiban yang kini sudah berusia 30 tahun pernah beraksi untuk pasukan Terengganu dan Perak sebelum menyertai pasukan KL City pada tahun 2021 yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram